Thursday, December 08, 2011

Old Strings Guitar & Cheated Academic Transcript

Hidup umpama strings guitar. Hidup umpama cheated academic transcript.

Walaupun diri tidak arif tentang music instrument, namun strings guitar banyak mengingatkan kepada sesaorang.

Yang tahu, strings guitar lama harus diganti dengan yang baru. Kalau di-relate-kan si old strings ni dgn hidupan seharian, bukanlah suruh pergi mati lepas tu hidup jadi baru balik. Kan? Strings baru akan mengeluarkan tona dan bunyi yang lebih baik dari strings lama. (betulkan saya jika salah). Persis human life juga. Jika yang lama itu banyak negative nya, haruslah diganti dengan yang baru positive. Maksud saya disini, perangai, kelakuan, kesedaran diri sendiri dan dan dan lain lagi :)

Kehidupan kita tidak semestinya ‘cantik’. Mesti ada kesan tampalan, edit sana sini. Kan? Dah macam academic transcript international students yang saya hari hari dok check ni =.=’ ade je yg cheat photoshop sane sini. :p
Tampal untuk jadi cantik. Edit untuk jadi cantik.

Tak boleh nak nafikan. Tak boleh nak kata apa pun. Sebab, that’s what we call life.

Hidup ini perlu ada peningkatan. Saya refer diri sendiri. Diri sendiri yang degil gila khinzir tak mahu meningkat.

Tolong ingatkan saya ganti strings baru. Tolong ingatkan saya cantikkan academic transcript. Tolong doakan saya untuk ‘meningkat’ demi masa hadapan.

thirst-day,
lunch hour,
workstation.

No comments: